fbpx

Dua beradik didakwa buat ugutan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Gunasilan (tengah) mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap seorang wanita di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini kerana melakukan ugutan bunuh dan menyebabkan kecederan terhadap seorang wanita minggu lalu.

S. Gunasilan, 35, dan kakaknya, S. Eswari, 42, bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab dan Majistret Khir Nizam Jemari.

Di hadapan Majistret Nur Melati Diana, Gunasilan didakwa telah melakukan ugutan jenayah untuk menakutkan wanita berusia 38 tahun itu dengan mengugut untuk membunuhnya.

Perbuatan tersebut dilakukan lelaki itu di Restoran Khalisa, Jalan Raja Perempuan Mazwin di sini pada pukul 3.10 petang, 5 Oktober 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di hadapan Majistret Khir Nizam, Eswari didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap wanita sama yang juga merupakan bekas majikannya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di lokasi, tarikh dan masa yang sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara, denda atau kedua-dua sekali jika bersalah.

Pendakwaan ke atas dua beradik itu masing-masing dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azahar dan Amalina Harun manakala Gunasilan diwakili peguam Mohd. Khazali Yin dan Eswari pula diwakili Mahinderjit Singh.

Mahkamah membenarkan Gunasilan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin manakala kakaknya pula sebanyak RM1,500 selain syarat tambahan tidak dibenarkan mendekati mangsa.

Tarikh sebutan semula bagi kedua-dua kes berkenaan ialah pada 21 dan 29 Nomber ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI