fbpx

Aliran trafik masuk Kelantan dijangka meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (dua dari kiri) menjalankan pemantauan pematuhan SOP di Hentian Gua Musang hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Aliran trafik masuk ke Kelantan melalui Gua Musang dijangka meningkat hari ini selepas rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan bermula Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, polis mengesan berlaku peningkatan kenderaan sebanyak 10 hingga 15 peratus yang masuk ke Kelantan sejak semalam.

“Kita berharap pengguna jalan raya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Antaranya seperti mempunyai sijil vaksinasi, mengimbas kod QR semasa memasuki premis dan menjalankan kit ujian kendiri Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi pematuhan SOP di Hentian Gua Musang di sini hari ini.

Menurut Choon Foo, sepanjang operasi itu, tiada sebarang kompaun pelanggaran SOP dikeluarkan kepada orang ramai di kawasan tersebut.

Ujarnya, seramai 29 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang akan sentiasa melakukan pemantauan SOP di kawasan tumpuan orang ramai.

Sementara itu, perantau yang ditemui mengakui trafik masih lancar berikutan mereka merancang perjalanan pulang ke kampung.

Zamri Mustafa, 39, berkata dia bersama isteri dan tiga orang anaknya balik ke Kelantan selepas tiga tahun tidak pulang ke kampung halaman.

Katanya, mereka sekeluarga merancang perjalanan pulang pada waktu subuh dan trafik lancar sehingga tengah hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI