fbpx

17 kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 17 kluster baharu dikenal pasti, iaitu antara penyumbang kepada 8,084 kes harian negara yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sembilan daripadanya merupakan kluster tempat kerja, empat kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

“Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, 21 kes adalah kes import, manakala keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,369,613 kes.

“Selain itu, 133 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 7,951 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, angka sembuh masih melepasi kes harian dengan 12,456 kes menjadikan jumlah kes pulih daripada Covid-19 sebanyak 2,240,345 kes.

“Sebanyak 702 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 367 kes memerlukan bantuan pernafasan,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI