PETALING JAYA – Alce Nero, jenama organik nombor satu di Itali, kini menganjurkan kempen Bulan Organik selama sebulan.
Kempen tersebut bertujuan untuk menggalakkan masyarakat meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai manfaat makanan berasaskan pertanian organik, lebih bersih dan sihat serta kurang terdedah kepada pestisid.
Amalan pertanian yang lebih mampan itu juga membantu membanteras perubahan iklim serta memastikan biodiversiti terus terpelihara.
“Bagi memudahkan penyesuaian diri dengan pengambilan makanan organik dalam diet seharian, Alce Nero telah membentuk satu siri resipi yang enak dan mudah disediakan bukan sahaja untuk sarapan, makan tengah hari malah untuk snek dan juga pencuci mulut.
“Rasai pengalaman pemakanan organik dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri melalui diet menu bertemakan, Go Organic with Alce Nero selama sehari, seminggu atau sebulan,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Alce Nero turut memperkenalkan dua produk organik terbaharunya iaitu Alce Nero Organic Blueberry Jam dan Alce Nero Organic Chestnut Spread yang ditawarkan pada harga masing-masing RM22.90 sebotol.
Mengulas lanjut, Alce Nero Organic Blueberry Jam diperbuat daripada lebih 100 gram buah-buahan dan tidak mengandungi pektin, bahan perisa tiruan dan pewarna makanan.
Beri biru yang ditanam dan dituai secara organik dimasak menggunakan kaedah pan vakum yang menggunakan suhu rendah dalam tempoh memasak yang amat pendek.
Ia bertujuan untuk mengekalkan aroma, rasa dan memastikan nutrien buah-buahan terpelihara.
Bagi, Alce Nero Organic Chestnut Spread pula, ia menawarkan rasa unik, manis serta kelikatan yang mudah untuk disapu.
Menurut kenyataan, hanya buah berangan yang ditanam di Itali digunakan selain diproses tanpa sebarang pektin tambahan.