fbpx

4,000 permit niaga buat rakyat Selangor terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri memberi 4,000 permit berniaga sementara kepada rakyat negeri ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya memahami situasi rakyat yang kehilangan punca pendapatan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik Covid-19 oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tahun lalu sahaja kita telah mengeluarkan 3,000 permit berniaga sementara kepada rakyat negeri ini.

“Kita memahami ramai yang kehilangan kerja kerana pandemik. Setakat ini kita bagi mereka permit berniaga setahun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Pembangunan Usahawan @ Shah Alam di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Amirudin menjelaskan beberapa inisiatif tertentu akan diperkenalkan kepada peniaga atau penjaja seperti bantuan geran awal, latihan dan pemberdayaan kepakaran.

Tambah beliau, ruang perniagaan yang kondusif kepada para peniaga turut disediakan seperti di Pasar Moden Sri Muda Seksyen 25, Laman Niaga Seksyen U10, Pasar Moden Seksyen 6 dan beberapa gerai di Seksyen U6 dan U20. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI