fbpx

Lelaki mabuk serang kakak ipar guna parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut ditahan selepas cuba menyerang kakak iparnya menggunakan parang, semalam. /FOTO IHSAN PDRM

BEAUFORT – Seorang lelaki diberkas polis selepas cuba menyerang kakak iparnya menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Menumpang, Kuala Penyu, dekat sini semalam.

Suspek berusia 34 tahun berkenaan dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol sebelum bertindak agresif termasuklah memukul mangsa dalam kejadian sekitar pukul 8 malam itu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, suspek pada awalnya dikatakan melanggar mangsa yang berusia 33 tahun ketika berada di dapur.

“Mangsa terkejut dengan tindakan suspek dan terus memberi teguran tetapi suspek bertindak memarahi dan memukulnya dengan sudu.

“Suspek kemudiannya dikatakan cuba menyerang mangsa sekali lagi namun sempat dihalang oleh ahli keluarga lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, suspek bagaimanapun masuk semula ke dalam rumah dengan memegang sebilah parang panjang sebelum menyerang mangsa.

“Mangsa menyelamatkan diri bersama seorang anaknya dengan bersembunyi di rumah jiran sebelum polis berjaya memberkas suspek,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI