fbpx

Golongan lain-lain ke Langkawi dan terkesan pandemik, jangan pukul rata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah poster yang dimuat naik di laman sosial jabatan kerajaan mendapat kecaman orang ramai hari ini.

Poster tersebut yang dipercayai diambil daripada laman sosial Jabatan Penerangan Johor memaparkan keluhan masyarakat semasa pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan mendapat perhatian ramai sebaik sahaja dimuat naik semula oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman di Twitter.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! mendapati, rata-rata pengguna media sosial meninggalkan komen negatif terhadap poster tersebut yang menggambarkan ada segelintir masyarakat yang mengeluh kerana tidak lagi mempunyai duit simpanan, tetapi masih pergi melancong.

“Are you serious? Kenapa nak perli-perli rakyat? Rakyat nak mengadu susah, tak boleh. Rakyat nak keluar ambil angin, pun tak boleh? Apa objektif dibuat penerangan begini? Apa yang kamu mahu kami buat dari penerangan macam ini?,” soal Syed Saddiq.

Sementara itu, seorang pengguna berkata, kementerian atau mana-mana jabatan diharapkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat ‘pukul sama rata’ atau berjenaka atas kesusahan yang rakyat hadapi.

“Sepatutnya kementerian atau jabatan perlu keluarkan data yang lebih tepat berapa peratusan yang hilang kerja, syarikat yang terpaksa tutup dan sebagainya. Segelintir masyarakat tidak boleh mewakili seluruh rakyat Malaysia,” kata Spinach.

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Diyana berkata, tindakan jabatan tersebut memuat naik poster itu dilihat seolah-olah rakyat yang dalam kesusahan tidak layak bergembira atau berseronok.

“Golongan terkesan teruk dan golongan yang pergi Langkawi betul ke golongan yang sama? Rasanya tidak, kalau sama pun mereka mesti perlukan percutian dengan harga mampu milik dan ruang untuk berehat selepas berdepan pandemik,” katanya.

Bagaimanapun difahamkan, komik itu telah dipadam daripada laman sosial jabatan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI