fbpx

Bangkai anjing, kucing dan merpati ditemui mati diracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bangkai kucing dan merpati yang dipercayai diracun.

PETALING JAYA – Bangkai anjing, kucing dan beratus ekor merpati didapati mati disyaki diracun oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai berlaku di kawasan padang Pangsapuri Perdana Villa, Taman Sentosa, Klang baru-baru ini.

Menerusi Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) di laman sosial Facebook, menyifatkan perbuatan membunuh haiwan ini sebagai satu tindakan yang sangat tidak bermoral dan pesalah boleh disabit dibawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 .

“SAFM memandang perbuatan membunuh haiwan ini sebagai satu tindakan yang zalim kerana menggunakan cara yang menyebabkan kesakitan dan keseksaan yang tidak wajar kepada haiwan-haiwan ini.

“Jenayah yang melibatkan penyeksaan haiwan boleh disabit dibawah Akta Kebajikan Haiwan 2015, dimana pelaku boleh dihukum penjara maksimum 3 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya semalam.

Tambahnya lagi, individu-individu yang melakukan ini masih di dalam siasatan dan SAFM juga menasihatkan orang ramai meracun haiwan terbiar bukanlah jalan yang terbaik kerana kini sudah ada alternatif lain yang tidak berbahaya.

“Sehingga kini, individu yang tidak bertanggungjawab ini masih belum dikenalpasti, meracun haiwan terbiar bukanlah jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah.

“Malah, ia akan membahayakan orang lain dan alam sekitar jika dibiarkan begitu sahaja, kita sudah ada kaedah kawalan kacau ganggu yang lebih efektif seperti Trap Neuter Release (TNR) dan bekerjasama dengan pihak berkuasa,” ujarnya.

Menerusi tinjaun Kosmo! di ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa marah dan geram dengan tindakan pelaku yang tergamak untuk meracun haiwan-haiwan terbiar tersebut.

“Allahuakhabar, kejamnya si pelaku itu apalah salah mereka, kalau tak nak bagi makan janganlah pula bagi racun kerana mereka pun berhak untuk hidup di muka bumi ini,” kata Arina Abdullah.

“Di dunia mungkin si pelaku akan terlepas tapi disana nanti pasti akan ada pembalasan yang diterima walaupun kesalahan itu sebesar zarah,” jelas Siti Maz. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI