fbpx

Isu cerai, Siti Saleha dibanjiri doa, kata-kata semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI SALEHA menerima banyak kata-kata semangat berhubung apa yang berlaku dalam rumah tangganya.

PETALING JAYA – “I am good (saya baik-baik sahaja).”

Demikian hantaran terkini yang dikongsikan pelakon Siti Saleha dalam Instagram miliknya, sehari selepas pendedahan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, semalam.

Menerusi hantaran tersebut, Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd. Baharum, 31, turut berkongsi sekeping gambar dirinya sedang tersenyum memakai baju hitam tanpa lengan dan disimbahi dengan pancaran sinar matahari.

Perkongsian pelakon drama Black itu sekali gus menarik perhatian dan rakan-rakan artis apabila rata-rata mereka meninggalkan emoji hati (love) untuk pelakon tersebut sebagai tanda sayang dan sokongan kepadanya.

Antara rakan-rakan artis yang meninggalkan komen adalah seperti Nad Zainal, Ayda Jebat, Mimi Fly, Sara Ali,Wan Sharmila, Tiz Zaqyah dan Nadiah Aqilah.

Selain rakan-rakan artis, peminat pelakon jelita itu turut meninggalkan komen dengan memberi semangat supaya Siti Saleha kuat dan tabah dengan apa yang terjadi.

“Kepada Siti Saleha, saya berdoa agar terus kuat dan tabah berdepan dengan ujianNya. Semoga dipermudahkan segala urusan yang baik. Insha-Allah,” kata seorang peminatnya.

“Semoga akak terus kuat. Saya sayang akak,” komen seorang lagi pengikutnya dalam Instagram.

Semalam Kosmo! melaporkan bahawa Siti Saleha atau mesra disapa Sally mengaku telah memfailkan perceraian kepada suaminya, Ahmad Lufti Azhar, 35, selepas dilihat hadir di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Ujarnya, dia Cuma boleh berkongsi telah hadir ke mahkamah untuk memfailkan perceraian atas kebenaran mahkamah.

“Apa yang saya boleh cakap ialah, ya, saya failkan kes cerai dengan kebenaran mahkamah. Itu sahaja. Selanjutnya saya tidak mahu komen. Terima kasih,” jawabnya ringkas.

Sekadar info, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak dikurniakan rezeki menimang cahaya mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI