fbpx

Malaysia sumbang RM5 juta bina semula klinik di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia memberi sumbangan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan semula Klinik Al-Rimal di Gaza yang musnah diserang oleh tentera rejim Israel pada Mei lalu.

Perkara itu dimuktamadkan melalui Nota Pertukaran dengan Kerajaan Palestin hari ini dengan menggunakan peruntukan dari Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

“Dana ini di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Perdana Menteri dan klinik itu menempatkan makmal pengujian Covid-19,” kata kenyataan Kementerian Luar hari ini.

Nota bersejarah tersebut telah ditandatangani bersama oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan juga Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali di Wisma Putra di sini hari ini.

Sumbangan ini ujar kenyataan itu, mencerminkan sokongan teguh Kerajaan Malaysia kepada kerajaan dan rakyat Palestin yang menderita akibat siri serangan biadab Israel ke atas Gaza.

Insiden itu telah memusnahkan banyak prasarana awam di Gaza termasuk fasiliti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan perubatan kritikal ketika pandemik Covid-19.

Malaysia juga memutuskan untuk membuat sumbangan berjadual secara jangka panjang kepada Agensi Bantuan Pelarian Palestin di Timur Dekat Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI