fbpx

2,000 anggota siap siaga terima pelancong hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol (dua dari kiri) menerima replika kunci Proton X70 di Inari Amerton di Batu Kawan, Seberang Perai hari ini. FOTO : SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Kira-kira 2,000 anggota polis bersiap sedia menantikan kehadiran 50,000 pelancong domestik yang dijangka mengunjungi negeri ini bermula esok.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, kesemua anggota akan dibahagikan kepada 150 pasukan untuk memantau lokasi tumpuan di kelima-lima daerah.

Katanya, pihaknya memfokuskan lokasi-lokasi utama yang menjadi tumpuan pelancong seperti pantai, tempat perkelahan, taman burung dan restoran.

“Anggota bertugas akan memberi fokus kepada operasi ‘snap check’ bagi memastikan setiap individu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Polis pelancong turut akan ditugaskan untuk mengawal dan memantau kawasan popular terutamanya di daerah Timur Laut dan Barat Daya.

“Selain itu pasukan trafik turut bersedia di laluan utama bermula malam ini bagi memastikan aliran kemasukan kenderaan ke pulau lancar,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI