fbpx

3 didakwa edar kanabis, pil yaba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga termasuk dua wanita berdepan hukuman mati selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan pil yaba di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini FOTO : ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Tiga termasuk dua wanita berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan pil yaba minggu lalu.

M. Hemamalani, 26, dan wanita warga Indonesia, Puteri Adelia, 21, didakwa secara bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas mengedar pil yaba seberat 161 gram (g)

Mereka melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Laluan Lahat Mines 4, Bandar Lahat Mines di Lahat pada pukul 5.30 petang, 4 Oktober 2021.

Seorang lagi tertuduh yang merupakan warga India, L. Narayanan, 42, didakwa mengedar kanabis seberat 62,000g di sebuah rumah di Bandar Lahat Mines pada pukul 5.15 petang, 4 Oktober 2021.

Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI