fbpx

Aliran trafik keluar Lembah Klang masih lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pagi ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dari Lembah Klang setakat pagi ini didapati masih terkawal.

Keadaan trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) masih lagi lancar.

Ia berdasarkan gambar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di laman sesawang Lembaga Lebuh Raya Malaysian (LLM).

LLM sebelum ini menjangkakan jumlah trafik akan meningkat kepada em­pat juta kenderaan sehari pada cuti hujung ming­gu ini susulan kebenaran pergerakan rentas negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI