fbpx

Dua tahun tinggal bawah jambatan, Ebit Lew bantu sewa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit meninjau Keadaan daif 'kediaman' lelaki yang menghuni bawah jambatan sejak dua tahun lalu.

PETALING JAYA – Selepas hampir dua tahun menghuni bawah jambatan, akhirnya seorang lelaki boleh menarik nafas lega apabila pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew akan menyediakan sebuah rumah sewa baharu kepadanya.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Ebit berkata, lelaki yang masih bujang itu sebelum ini bekerja sebagai penjual air dan tidak mampu membayar sewa rumah.

“Pakcik ni dah lebih dua tahun duduk sini (bawah jambatan), dulu kerja jual air milo, tak mampu bayar sewa. Selalu ada polis bagi baju, kasut dan makanan.

“Terkejut abang ni duduk sini, menangis tadi cerita cakap seorang diri, tiada sesiapa dalam hidup. Rindu pada arwah maknya, tidak kahwin, dia nak cari kerja dan rumah,” tulisnya.

Ebit berkata, pihaknya akan mencari rumah sewa untuk lelaki itu dan membiayai sepenuhnya sewa rumah terbabit.

“Doakan dapat cari kerja yang sesuai, semoga Allah bantu dan mudahkan. Di saat kita rasa diuji, ada orang lagi berat ujian hidupnya,” ujarnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mendoakan agar dipermudakan urusan Ebit Lew dan lelaki itu segera mendapat pekerjaan baharu serta hidup selesa.

“Semoga hidup Ustaz dan abang ni dipermudahkan serta dirahmati oleh Allah SWT,” Che Saiful Ghani.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi netizen dikenali sebagai Hanisah Hassan.

“Walaupun diuji dengan musibah dalam hidup, UEL terus membantu. Tanpa mengenal penat dan lelah, tetap diteruskan dengan istiqamah, terbaik UEL,”katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI