fbpx

Luqman sertai skuad B-23 Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN yang baru sahaja selesai menjalani tugas bersama skuad Harimau Malaya bakal memperkuatkan barisan muda negara bagi aksi kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia minggu depan.

 

KETUA jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Brad Maloney tidak sabar menunggu kehadiran empat pemain skuad Harimau Malaya yang diharapkan dapat menyertai pasukannya sebelum berlepas mengharungi kempen kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia minggu depan.

Empat pemain skuad Harimau Malaya yang menjalani kuarantin ketika ini iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Mukhairi Ajmal, Quentin Cheng dan Hakimi Abdullah dijangka diserapkan dalam senarai akhir 23 pemain skuad B-23 ke Mongolia nanti.

Kata Maloney, keempat-empat pemain terbabit sedang dikua­rantin selepas pulang daripada tugas bersama skuad senior negara yang mengharungi dua aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan di Amman, Jordan minggu lalu.

“Saya tidak pasti sama ada boleh mendapatkan khidmat keempat-empat pemain ini lebih awal dalam kem latihan pusat skuad B-23 kerana mereka sedang menjalani kuarantin.

“Namun, perkara itu sedang dibincangkan dan sudah tentu saya harapkan mereka dapat menyertai kami secepat mungkin.

“Secara keseluruhan, saya berbangga dengan apa yang mereka pamerkan bersama skuad kebangsaan ketika diberi peluang dan ia bukan aksi yang mudah apabila menentang dua pasukan kebangsaan yang berkualiti,” katanya kepada media kelmarin.

MALONEY

Maloney ditemui selepas menyaksikan skuad muda Harimau Malaya tewas 1-2 kepada juara Liga Premier, Negeri Sembilan FC dalam aksi persahabatan di Arena MBSJ, Subang Jaya kelmarin.

Mengulas mengenai aksi tersebut, Maloney mengakui anak-anak buahnya sedang bekerja keras untuk berada pada tahap yang diinginkan selepas lebih 10 hari dikumpulkan bersama.

“Ini adalah aksi pemanas badan pertama kami dan saya puas hati dengan apa yang pemain pamerkan. Mungkin ada beberapa ruang yang boleh diperbaiki khususnya dari aspek pertahanan dan serangan kerana mereka dilihat agak tertekan kali ini,” katanya.

Skuad B-23 negara dijadualkan bertemu Penang FC esok dan Kedah Darul Aman FC pada Isnin depan sebelum berlepas ke Ulaan­baatar.

Skuad muda Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan J bersama Laos, Mongolia dan Thailand dengan juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke kejohanan Piala Asia B-23 yang berlangsung di Uzbekistan, Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI