fbpx

Wanita lakukan ‘transformasi’ wajah agar bekas kekasih menyesal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perubahan wajah wanita ini yang dimuat naik di TikTok menjadi tular di media sosial. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana berkongsikan transformasi wajahnya ketika sebelum dan selepas ditinggalkan teman lelaki, lapor laman berita Detik semalam.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di TikTok, pemilik akaun @gendhismo itu menunjukkan wajahnya sebelum disolek sambil mengenang kembali ucapan daripada bekas kekasihnya.

“Ini video pertama saya yang sempat tular dahulu. Hitam dan kamu (bekas kekasih) berasa jijik, bukan? Kita putus sahaja, ya?” demikian tulis wanita itu pada keterangan video tersebut.

Dalam video lama itu, wanita tersebut berambut pendek dan wajahnya kelihatan pucat. Namun, wajahnya kini berubah dengan drastik selepas disolek dengan solekan yang ‘natural’.

Video tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen.

“Anda kelihatan sangat cantik dengan gaya rambut sebegitu,” tulis seorang netizen.

“Cantik sangat. Sila buat tutorial mekap,” kata seorang pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI