fbpx

Suami acu garpu, marah tidak dapat jumpa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Tindakan seorang lelaki memarahi dan memukul termasuk mengacu garpu ke arah isterinya mengundang padah selepas dia ditahan polis pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pukul 4 petang pada 8 Oktober lalu di Taman Kosas, Ampang.

“Mangsa merupakan seorang wanita berusia 31 tahun yang bekerja di sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

“Suami mangsa telah memarahi mangsa dengan kata-kata kesat sebelum memukulnya menggunakan tangan dan kayu termasuk mengacu garpu ke arah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, suami mangsa turut menghalau mangsa keluar dari rumah tersebut.

“Mangsa telah mengalami kecederaan luka di lengan kiri dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM).

“Punca kejadian adalah disebabkan suami mangsa yang berusia 35 tahun dan tidak bekerja itu tidak dapat berjumpa dengan empat anak mereka yang berusia lapan bulan hingga tujuh tahun kerana bimbang akan dijangkiti virus Covid-19.

“Suspek menjalani kuarantin di rumah dan atas alasan berkenaan mangsa telah menghantar anak-anak ke rumah keluarganya di sekitar Cheras,” ujarnya.

Tambahnya, suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamin itu telah ditangkap dan ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan, Seksyen 326A kanun yang sama dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI