fbpx

Tip alatan penting berkhemah yang perlu ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTIVITI berkhemah sememangnya dapat merehatkan minda dengan menikmati keindahan alam semula jadi.

SELEPAS beberapa bulan berkurung di dalam rumah, akhirnya kerajaan memberi kelonggaran kepada individu lengkap vaksin Covid-19 untuk melakukan aktiviti riadah.

Rentetan itu, masyarakat mengambil kesempatan menghabiskan masa hujung minggu dengan beriadah bersama keluarga di tempat peranginan seperti jeram dan pantai.

Salah satu aktviti yang makin mendapat tempat di hati masyarakat sewaktu beriadah di tepi pantai atau kawasan jeram adalah berkhemah atau camping.

Hakikatnya, berkhemah bukanlah sesuatu yang asing kepada mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Bagaimanapun, ia kembali popular ketika era pandemik ini.

Dengan berkhemah, seseorang itu lebih dekat dengan alam semula jadi, selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Bagaimanapun, rata-rata mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berkhemah, tidak tahu barang-barang asas yang perlu dibawa.

Minggu ini, Horizon ingin berkongsi beberapa peralatan penting yang perlu dibawa bersama sewaktu melakukan aktiviti berkhemah.

1.Peti kecemasan

Kecederaan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa diduga. Kalau masuk ke hutan untuk berkhemah, anda pasti melalui kawasan berduri atau dahan-dahan tajam.

Justeru, risiko berlaku kecederaan sangat tinggi terutamanya kepada kanak-kanak. Jadi, anda disarankan supaya membawa peti keselamatan bersama ketika berkhemah.

Paling kurang seorang dalam kumpulan anda perlu membawa peti pertolongan cemas.

2. Mancis atau pemetik api

Mancis atau pemetik api ibarat nyawa kepada mereka yang berkhemah.

Tanpanya, aktiviti memasak dan menjerang air tidak dapat dilakukan.

Sekiranya, tiada peralatan tersebut, anda boleh mencuba cara lama dengan menggeselkan kayu kering atau batu bagi mendapatkan percikan api.

Tetapi ia akan mengambil masa lebih lama.

PETI kecemasan wajib dibawa bagi membolehkan bantuan kecemasan diberikan segera jika berlaku kemalangan kecil terutamanya melibatkan kanak-kanak.

3. Flysheet

Flysheet atau trap tent merupakan salah satu komponen penting sewaktu berkhemah.

Ia biasanya digunakan sebagai tempat berlindung daripada angin, hujan atau cahaya mata hari. Ia juga sering digunakan sebagai perlindungan tambahan buat khemah.

Pilih flysheet terbaik adalah yang mudah untuk dipasang dan dibuka.

Ini dapat membantu menjimatkan masa anda.

4. Kain rentang

Ramai tidak sedar kain rentang sangat penting sewaktu berkhemah.

Kain rentang ini boleh digunakan sebagai alas kepada tapak khemah bagi melindungi anda daripada air atau benda tajam.

Kain rentang juga boleh digunakan sebagai alas duduk di luar khemah. Terdapat banyak kain rentang dalam pasaran. Sebaiknya, pilih yang kalis air dan mudah dibawa.


PENGGUNAAN flysheet penting bagi melindungi khemah daripada terkena air hujan dan angin kuat sepanjang aktiviti camping.

5. Bank kuasa (powerbank)

Dalam dunia serba moden ini, bank kuasa adalah sumber tenaga simpanan anda sewaktu berkhemah.

Seperti kita tahu, hutan tiada sumber elektrik atau plug point.

Jadi, anda perlu mengecas bateri telefon menggunakan bank kuasa.

Ia juga berguna untuk barangan elektronik lain seperti kipas atau lampu yang boleh disambung menggunakan kabel USB.

Sebaiknya, bawa bank kuasa berkapasiti besar iaitu 100,000 mAh dan ke atas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI