fbpx

Pemandu e-hailing tunjuk kemaluan kepada seorang wanita direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU e-hailing (depan, kiri) ditahan reman tiga hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes menunjuk kemaluan kepada seorang wanita di Subang Jaya, Selangor pada 5 Oktober lalu.

SHAH ALAM – Pemandu e-hailing yang menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita dalam kejadian di hadapan bangunan pejabat di Subang Jaya dekat sini pada 5 Oktober lalu direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Jumaat ini dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil.

Kosmo! pada 7 Oktober lalu melaporkan seorang wanita mendakwa menerima serangan seksual daripada seorang penghantar makanan apabila lelaki itu bertindak menunjukkan kemaluannya.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja membuka zip seluarnya dan menunjukkan kemaluan kepada mangsa ketika wanita itu mahu mengambil pesanan makanan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman yang mengesahkan itu berkata, aporan polis berhubung kes itu yang dibuat di Balai Polis Subang Jaya diterima pihaknya pada 5 Oktober lalu.

Semasa kejadian, suspek menggunakan Proton Bezza yang berbeza dari rekod dalam pesanan aplikasi syarikat e-hailing berkenaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI