fbpx

Juruteknik elektrik mengaku tidak bersalah rasuah tarik kes samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Adam ketika hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang juruteknik elektrik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan rasuah RM35,000 menarik laporan kes samun, lima tahun lalu.

Tertuduh, Che Adam Che Hussin, 28, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Berdasarkan pertuduhan, Che Adam telah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM35,000 daripada seorang wanita sebagai suatu dorongan untuk dirinya menarik balik laporan polis berkaitan kes samun dan tidak meneruskan pertuduhan berkaitan kes itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah restoran di Taman Ukay Bistari, Hulu Klang dekat sini pukul 12 tengah hari pada 5 September 2016.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, sekiranya disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd. Zaki Mohd. Salleh menawarkan jaminan RM15,000 bersama seorang penjamin dan syarat tambahan menyerahkan pasport dan lapor diri di pejabat SPRM Putrajaya sekali sebulan.

Che Adam tidak diwakili peguam memohon jaminan lebih rendah kerana berpendapatan antara RM3,000 hingga 3,500 sebulan.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain membenarkan syarat tambahan pendakwaan dengan melaporkan diri di pejabat SPRM Selangor.

Sebutan semula kes pada 15 November depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI