fbpx

Laluan ke Timur dan Utara mula sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini trafik dari arah Kuala Lumpur menghala ke Pantai Timur yang perlahan berhampiran kawasan mendaki di Terowong Genting Sempah akibat penutupan lorong.

PETALING JAYA – Keadaan trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) dilaporkan sedikit sesak berhampiran Terowong Genting Sempah menghala ke Kuantan pagi ini.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @LPTTrafik kira-kira pukul 11.07 pagi tadi keadaan trafik di kawasan itu perlahan kira-kira 1.4 kilometer bermula di Kilometer 35.7 (KLK) sehingga ke terowong.

Kata @LPTTrafik, kesesakan trafik itu berlaku kerana kerja-kerja penyelenggaraan dan penutupan Terowong Genting Sempah arah Timur yang bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5 petang hari ini.

Sebagai altenatif kata @LPTTrafik, pengguna akan melalui lorong arah barat menggunakan laluan kontra sepanjang penutupan dan kerja-kerja penyelenggaraan itu.

Sementara itu, berdasarkan laman Twitter @LLMinfotrafik pada pukul 10.36 pagi tadi kesesakan turut dilaporkan berlaku di lebuh raya menghala arah Utara.

“Trafik perlahan arah Utara dari Kuala Kangsar ke Changkat Jering (laluan mendaki sekitar Bukit Berapit),” ciapnya-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI