fbpx

Bekas jurugambar akhbar hilang di laut ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta mangsa ditemui berdekatan Jeti Pantai Malindo di Balik Pulau ketika operasi mencari dan menyelamat malam tadi.

BALIK PULAU – Seorang bekas jurugambar akhbar dilaporkan selamat selepas hilang ketika keluar ke laut bagi menangkap ikan di perairan dekat Jeti Pantai Malindo, Jalan Kuala Sungai Burung di sini malam tadi.

Mangsa yang juga nelayan berusia 55 tahun itu dilaporkan hilang selepas bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.18 malam.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, mangsa bagaimanapun terselamat selepas berjaya berenang ke Pulau Kendi.

“Mangsa sebelum itu dikatakan keluar ke laut kira-kira pukul 3 petang sebelum didapati tidak pulang.

“Bagaimanapun pada pukul 6.30 pagi tadi, pihak polis memaklumkan dia telah dijumpai oleh nelayan tempatan di Pulau Kendi dalam keadaan selamat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jurucakap itu menambah, kejadian dikatakan berlaku selepas bot mangsa terbalik dan dia yang memakai jaket keselamatan berjaya berenang ke Pulau Kendi.

Menurutnya, operasi itu kemudiannya ditamatkan pada pukul 7 pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI