fbpx

Tempah GRO guna kod khas, bayaran termahal RM2,500 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Noor (kiri) bertanyakan sesuatu kepada wanita GRO yang ditahan dalam serbuan di sebuah banglo mewah di Taman Yarl, Jalan Klang Lama, dekat sini lewat malam tadi.

KUALA LUMPUR – Menggunakan platform media sosial Telegram untuk mempromosikan kegiatan pelacuran dan tempahan perlu dibuat dengan kod khas tertentu bagi mengelak kegiatan dihidu pihak berkuasa.

Sebaik tempahan dibuat melalui ejen, terdapat transporter (pembawa) akan menghantar wanita pelayan pelanggan (GRO) kepada pelanggan di lokasi yang telah ditetapkan ejen, namun lokasinya sentiasa berubah-ubah mengikut masa.

Transporter akan menerima bayaran mengikut trip perjalanan iaitu mengambil dan menghantar wanita GRO dengan kadar bayaran RM100.

Bagaimanapun modus operandi sindiket pelacuran itu terbongkar selepas polis menahan 22 individu yang terdiri daripada seorang ejen, lima transporter dan 16 wanita GRO warga Vietnam di sebuah rumah banglo di Taman Yarl, Jalan Klang Lama, dekat sini malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, menerusi serbuan bermula pukul 8.30 malam itu menahan ejen dan transporter yang terdiri daripada lelaki warga tempatan berusia 26 hingga 39 tahun.

“Wanita GRO yang ditahan pula berusia lingkungan 21 hingga 31 tahun dan mereka berperanan menemani pelanggan untuk minum, berhibur serta menawarkan perkhidmaan seks dengan kadar bayaran antara RM1,300 hingga RM2,500 sehari.

“Rumah Banglo yang terletak dalam kawasan taman perumahan mewah itu dijadikan lokasi persundalan yang mana ia disewa pada harga RM3,600 untuk satu hari, ia turut dilengkapi dengan peralatan hiburan seperti lampu disko, meja pool dan lain-lain,” ujarnya kepada pemberita di lokasi awal pagi tadi.

Menurutnya, sindiket menjalankan operasi di banglo tersebut dalam tempoh yang singkat sebelum berubah ke lokasi lain bagi mengelak kegiatan dihidu pihak berkuasa.

“Mereka tidak akan menyewa atau berada di satu-satu lokasi dalam tempoh yang lama sebagai langkah keselamatan.

“Kita kesan aplikasi Telegram yang digunakan bernama AMOI888 atau Partygirls888, kata laluan juga akan sentiasa diubah ejen bagi melindungi kegiatan mereka,” ujarnya.

Jelas beliau, pihaknya dalam proses mengenal pasti siapa ketua kumpulan atau bapa ayam yang berperanan dalam kegiatan berkenaan untuk proses tangkapan.

Pada masa sama, katanya, siasatan sedang dijalankan untuk melihat sama ada pemilik kediaman terbabit bersubahat atau memang tidak mengetahui akan aktiviti persundalan di rumah miliknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI