fbpx

TKKR beri semangat baharu buat SuperKIP beraksi semula ke litar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL IDHAM bersetuju mewakili pasukan TKKR Racing pada Kejohanan MSBK 2021 dalam kategori 600cc di SIC bermula 15 hingga 17 Oktober ini.

PASUKAN TKKR Racing Team tidak menolak kemungkinan bahawa mereka mempunyai perancangan terbaik buat Khairul Idham Pawi sejurus bekas pelumba Moto3 negara itu sah keluar daripada persaraan.

Ketua pasukan TKKR Racing Team, Datuk Bobie Farid Shamsuddin berkata, pihaknya enggan memberi sebarang tekanan kepada pelumba berusia 23 tahun itu, malah mahu Khairul mencari semula ‘perasaannya’ atas jentera perlumbaan.

Khairul Idham atau mesra dikenali SuperKIP mengakui rindu untuk kembali beraksi di litar perlumbaan dan bersetuju mewakili pasukan TKKR Racing pada Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) 2021 dalam kategori 600cc di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 15 hingga 17 Oktober ini.

“Sebenarnya amat segan untuk menawarkan tempat kepada Khairul kerana kami pasukan persendirian dan mempunyai banyak kekurangan berban­ding pasukan pengeluar sekitar Asia.

“Namun saya gagahkan diri dengan rasa amat kerdil untuk menawarkan agar KIP kembali berlumba pada Kejohanan MSBK minggu ini.

“Saya suruh staf saya untuk hubungi KIP. Ayahnya pun me­nyatakan hasrat agar anaknya berlumba bersama kami.

“KIP ambil masa dua hari untuk beri jawapan setuju. Ayat saya mudah, kita cuba dulu dan anggap sebagai track day kerana kami amat faham bagaimana tempoh menenangkan diri daripada apa yg berlaku kadang-kadang besar impaknya.

“KIP sudah lama tidak me­nunggang dan perlu mengambil masa untuk mendapatkan keyakinan.

“Namun disebabkan KIP lahir daripada industri tempatan dan antara pelumba yang mempunyai disiplin dan motivasi tinggi, maka saya amat yakin dia akan kembali,” katanya.

Pada masa sama, Bobie tidak menolak untuk membawa pelumba berusia 23 tahun itu ke peringkat lebih tinggi seperti Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) jika diberikan rezeki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI