fbpx

Penunggang motosikal maut langgar kereta buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah MPV yang membuat pusingan U di Kilometer 139 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Rompin hari ini.

ROMPIN – Seorang pekerja pasaraya maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sedang membuat pusingan U di Kilometer 139 Jalan Kuantan-Johor Bharu di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohammad Hasbullah Mohd. Sabri, 22, dalam perjalanan dari arah Tanjung Gemok ke Rompin.

“Semasa kejadian sebuah MPV dari arah Tanjung Gemok ke Rompin dipercayai membuat pusingan U dan ketika berada dalam keadaan melintang berlaku pelanggaran dengan motosikal ditunggang mangsa dari arah Tanjung Gemok.

“Akibat kejadian penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta jenis Perodua Alza tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dibawa ke Hospital Rompin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian cuaca baik serta permukaan adalah kering.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu MPV kerana membuat pusingan U secara berbahaya sehingga berlakunya kemalangan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI