fbpx

Faisal dapat perhatian ejen berpangkalan di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL (kanan) mendedahkan agensi yang mewakilinya telah dihubungi dua ejen luar negara dipercayai berpangkalan di Sepanyol sedia mendapatkan khidmatnya.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PEMAIN lincah Terengganu FC (TFC), Faisal Abdul Halim memasang hasrat beraksi di pentas Eropah sekiranya diberi peluang berkelana dan beraksi di liga luar negara.

Tonggak berusia 23 tahun itu berkata, perhatian diberikan ejen dari Sepanyol selepas aksi bersama skuad Harimau Malaya pada minggu lalu membuktikan karier bola sepaknya kini berada di landasan tepat.

“Sejujurnya, memang ada ejen yang berpangkalan di Sepanyol menghubungi saya tapi saya masih belum mendapat gambaran terperinci tentang ejen berkenaan dan kelab Eropah yang diwakilinya.

“Kalau ada rezeki sudah tentu saya tidak akan tolak tawaran untuk bermain di luar negara,” kata­nya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Faisal berkata, walaupun gembira dengan perkhabaran tersebut, dia tetap memberi tumpuan kepada TFC dalam aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.

Tambah pemain yang sudah menjaringkan lima gol musim ini termasuk satu dalam saingan Piala Malaysia, dia juga mahu terus bersaing bagi menempatkan diri dalam senarai skuad Piala AFF Suzuki tidak lama lagi.

“Keluarga, rakan-rakan dan peminat banyak memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar penghijrahan ini menjadi kenyataan.

“Saya akan fikirkan semula (tawaran beraksi di Eropah) selepas tamat Piala Malaysia dan jika ada peluang ke Eropah, saya tidak akan lepas peluang berharga tersebut,” katanya.

Faisal menjadi sebutan selepas agensi yang mewakilinya, Estrada Sports mendakwa dihubungi dua ejen luar negara untuk mendapatkan khidmatnya walaupun masih terikat kontrak bersama TFC sehingga hujung 2022.

Ia susulan persembahan mantap pemain kelahiran Pulau Pinang itu dalam aksi bersama skuad Harimau Malaya bertemu Jordan dan Uzbekistan, minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI