fbpx

PIDM anugerahkan biasiswa kepada 20 siswazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah menganugerahkan biasiswa kepada 20 siswazah daripada pelbagai jurusan di bawah Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM.

Sejak tahun 2010, PIDM telah menawarkan sebanyak 184 biasiswa sejak program ini diper­kenalkan pada tahun 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah berkata, pihaknya akan terus menyokong keperluan pendidikan tinggi anak-anak muda yang memerlukan bantuan kewangan.

“Seperti orang lain, pandemik ini telah menjejaskan kehidupan pelajar terutama sekali daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Kebanyakan mereka terpaksa memilih di antara membantu menyara keluarga ketika waktu yang mencabar ini atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kami berharap bantuan ini akan memberikan peluang yang lebih baik dan masa depan yang lebih cerah kepada semua penerima biasiswa,” katanya dalam satu kenyataan bersempena majlis penganugerahan biasiswa kepada penerimanya pada tahun ini dan juga tahun lepas secara maya baru-baru ini.

PIDM telah menerima lebih daripada 900 permohonan untuk program tahun ini.

Setiap penerima biasiswa akan menerima bantuan kewangan tanpa bon yang me­rangkumi yuran pengajian, kos sara hidup dan bahan-bahan berkaitan pengajian.

Mereka juga mempunyai akses kepada sokongan dan bimbingan daripada mentor yang terdiri daripada kakita­ngan PIDM dan alumni penerima biasiswa serta peluang untuk menjalani latihan praktikal di agensi berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI