fbpx

Wijnaldum tidak gembira di PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIJNALDUM mengakui tidak gembira bersama PSG selepas dia tidak menjadi pilihan dalam kesebelasan utama pasukan itu. – AFP

PARIS – Pemain tengah Paris Saint-Germain, Giorginio Wijnaldum mengakui dia tidak begitu gembira ketika ini bersama pasukan tersebut selepas gagal me­nembusi kesebelasan utama pasukan berkenaan.

Wijnaldum merupakan antara tonggak penting Liverpool sejak lima tahun lalu, namun dia membuat keputusan untuk meninggalkan skuad kendalian Jurgen Klopp itu yang berjaya membantunya meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, kehidupannya di Perancis tidak seperti apa yang diimpikannya sebelum ini apabila dia sering disisihkan dari­pada skuad kendalian Mauricio Pochettino itu.

Pemain Belanda itu hanya membuat 11 penampilan dalam semua aksi musim ini dan bermain sekitar 502 minit sahaja menyebabkan dia terpaksa mengakui bahawa kehidupannya tidak terlalu menggembirakan ketika ini.

“Saya tidak boleh mengatakan bahawa kehidupan saya kini lengkap dan menggembirakan. Situasi sekarang bukan seperti apa yang saya idamkan tetapi inilah bola sepak dan saya perlu belajar untuk mengatasinya.

“Saya seorang pejuang dan saya akan terus kekal positif, bekerja keras untuk me­ngubah keadaan ketika ini.

“Di sini suasananya berbeza dan saya perlu menyesuaikan diri. Saya sangat te­ruja untuk melangkah ke fasa baharu karier tetapi situasi ini berlaku. Ia sangat sukar,” katanya.

Pochettino dilihat lebih gemar menurunkan Idrissa Gueye yang berpasangan dengan Ander Herrera untuk mengemudi jentera tengah PSG berban­ding Wijnaldum ketika ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI