fbpx

Premis lerai e-waste dikompaun RM30,000, diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah premis di Juru, Bukit Mertajam didapati meleraikan e-waste tanpa lesen semalam.

SEBERANG PERAI – Sebuah premis di Juru, Bukit Mertajam di sini diarahkan tutup dan dikompaun RM30,000 selepas didapati menjalankan aktiviti peleraian buangan elektrik dan elektronik atau e-waste tanpa kebenaran semalam.

E-waste tersebut dikategorikan sebagai buangan terjadual di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS)1974.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, operasi membabitkan pihaknya dengan Majlis Bandaraya Seberang Perai itu mendapati premis tersebut beroperasi tanpa lesen daripada pihak berkuasa tempatan dan JAS di bawah Seksyen 18 AKAS 1974.

“Arahan henti operasi serta-merta dikeluarkan sehingga siasatan kes selesai.

“Premis itu juga dikompaun RM30,000 atas kegagalan mematuhi undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, premis terbabit juga akan disiasat di bawah Seksyen 34B akta yang sama yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak melebihi RM500,000.

“JAS Pulau Pinang memandang serius keperluan pematuhan undang-undang berkaitan pengurusan buangan terjadual dan tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhinya.

“Sebarang kegagalan pematuhan akan dikenakan tindakan perundangan yang serius tanpa sebarang kompromi,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI