fbpx

Kembali gegar AS, Agnez Mo tukar gaya, warna rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGNEZ MO

PENYANYI terkenal Indonesia, Agnes Monica atau kini lebih dikenali dengan nama Agnez Mo kembali memulakan karier muziknya di negara Amerika Syarikat (AS) sambil ditemani kekasih hati, Adam Rosyadi.

Sesuai dengan kemunculan semulanya di persada muzik AS, Agnez mempersiapkan diri dengan mengubah gaya dan warna rambut.

Apa yang menarik perhatian, pelantun lagu Matahari itu mendapatkan khidmat pendandan rambut selebriti terkenal iaitu Tracey Cunningham di Los Angeles.

Menerusi hantaran yang dimuat naik pendandan rambut peribadi kepada penyanyi Ariana Grande itu dalam Instagramnya, kelihatan Cunningham sedang mewarnakan rambut Agnez daripada hitam menjadi perang keemasan.

“Hari ini saya buat transformasi warna blonde (perang),” ujar Cunningham.

Penampilan terkini Agnez turut mendapat pujian dalam kalangan peminat Ariana.

Pada masa sama, ramai peminat yang mendoakan perjalanan karier muzik penyanyi itu berjalan lancar di AS apabila dikhabarkan dia akan melancarkan satu projek istimewa di sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI