fbpx

30,000 banjiri Port Dickson hujung minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PORT DICKSON – Pusat pelancongan Port Dickson dijangka menerima kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung pada hujung minggu ini selepas kebenaran rentas negeri diumumkan kerajaan Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, dengan kehadiran pelancong domestik ke Port Dickson yang meningkat, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tetap perlu dititikberatkan dan pihak polis akan melakukan pemantauan 24 jam terutama di kawasan pantai.

“Kita akan tingkatkan pemantauan di kawasan pantai yang menjadi tumpuan ramai iaitu di Pantai Batu 4, Pantai Batu 1 dan Dataran Teluk Kemang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, hanya pengunjung yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan berada di Pantai Port Dickson dan pemeriksaan secara rawak akan dilakukan melalui aplikasi MySejahtera.

“Sebanyak 48 pegawai dan anggota polis termasuk Unit Polis Pelancong akan membuat pemantauan tidak kira siang atau malam.

“Selain itu, 21 pasukan pematauan SOP dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan agensi lain akan turung padang membuat pemantauan secara rawak di pantai dan premis makan sepanjang pantai,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI