fbpx

China nafi akses WHO ke gua kelawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan penyelidik dari Institut Virologi Wuhan dan EcoHealth Alliance menangkap kelawar di Guangdong, China, Januari tahun lalu. - ECOHEALTH ALLIANCE

BEIJING – China menafikan akses kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk melawat gua kelawar dan kawasan ladang ternakan hidupan liar yang terletak enam jam perjalanan ke barat Wuhan, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Pendedahan baharu tersebut termasuk beberapa pasar basah di Wuhan dilarang daripada menjual haiwan hidup, beberapa hari sebelum Beijing mengesahkan kewujudan sejenis virus baharu.

Saintis-saintis WHO cuba mendapatkan akses terhadap ratusan gua kelawar di Enshi dalam wilayah Hubei yang menjadi lokasi di mana wabak Covid-19 muncul buat kali pertama.

Saintis-saintis itu juga mahu menyiasat kawasan ladang ternakan yang diketahui menjadi i lokasi pembiakan pelbagai spesies hidupan liar sebelum pandemik Covid-19.

Mereka percaya haiwan-haiwan tersebut mungkin berpotensi menjadi perantara penularan virus Covid-19 yang disebarkan daripada kelawar kepada manusia selain berpendapat, siasatan terhadap ladang tersebut merupakan langkah penting bagi mengenal pasti asal-usul pandemik.

Pasukan penyelidik WHO menyiasat penularan secara semula jadi koronavirus selain teori Covid-19 berasal daripada sebuah makmal di China.

Beijing bagaimanapun berkali-kali mendakwa bahawa pandemik Covid-19 berasal dari tempat lain.

Namun, menurut media China, pasar basah di Enshi dilarang daripada menjual haiwan hidup pada Disember 2019, lapan hari sebelum pemerintah China mengesahkan bahawa koronavirus dikesan di sebuah pasar basah di Wuhan.

Enam buah pasar basah di Enshi ditutup Mac tahun lalu ketika pandemik mula menguasai dunia. 

Saintis-saintis percaya bahawa gua tersebut mungkin menunjukkan laluan bagaimana Covid-19 disebarkan daripada kelawar kepada binatang lain atau manusia sebelum tiba di Wuhan.

Namun, tiada penemuan konkrit diperoleh memandangkan China menafikan akses terhadap gua tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI