fbpx

53 termasuk penjaga premis dikompaun RM113,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raub (kiri) memeriksa aplikasi MySejahtera pelanggan sebuah pusat hiburan di Johor Bahru, Johor malam semalam.

JOHOR BAHRU – Kegagalan 49 pelanggan premis mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menjaga penjarakan fizikal dan mengimbas kod QR mengundang padah apabila dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM73,500.

Kesemua individu tersebut dikesan melanggar perintah Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) itu ketika operasi pematuhan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sekitar bandar raya ini malam tadi.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam operasi yang dijalankan bermula pukul 8 malam telah membuat pemeriksaan di tujuh buah premis.

Katanya, daripada 103 individu yang diperiksa, seramai 49 berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun didapati melakukan kesalahan melanggar SOP ditetapkan.

“Kesemua mereka ini dikesan tidak menjaga penjarakan fizikal ketika berada di dalam premis dan tidak mengimbas kod QR sebelum memasuki premis berkenaan.

“Oleh itu, setiap seorang individu yang dikesan dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang dengan jumlah RM73,500,” katanya kepada pemberita hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI