fbpx

120,000 kenderaan masuk Kedah hujung minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di Kompleks Pekan Rabu di Alor Setar yang masih dalam keadaan lengang, hari ini.

ALOR SETAR – Kira-kira 120,000 kenderaan perantau dan pelancong dijangka memasuki Kedah pada hujung minggu ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kenderaan yang masuk ke negeri ini meningkat 20 peratus sejak rentas negeri dibenarkan mulai semalam.

Kata beliau, jumlah peningkatan itu dilihat tidak berlaku secara mendadak dan keadaan masih dalam keadaan terkawal.

“Pada semalam, sebanyak 60,000 kenderaan masuk ke negeri ini dan hari ini naik 20 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri ini telah ditamatkan, namun pemantauan akan terus dijalankan.

“Pemeriksaan rawak akan dilaksanakan ke atas orang ramai terutama di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta tempat tumpuan orang ramai bagi memastikan tiada individu yang tidak menerima vaksinasi lengkap lolos,” ujarnya.

Beliau pada masa sama menasihati orang ramai yang memasuki negeri ini supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI