fbpx

Penunggang basikal maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut digilis lori di Jalan Jeniang - Sik pada pagi ini.

SIK – Seorang penunggang basikal maut akibat digilis sebuah lori dalam kejadian di simpang tiga Begia di Kilometer 22 Jalan Jeniang – Sik di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi ketika beriadah itu, mangsa, Nazirah Jamaludin, 41, dari Kampung Kuala di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika lori tersebut sedang susur keluar dari simpang tiga.

“Kenderaan berat itu kemudian melanggar mangsa yang berada di laluan utama dari Jeniang menghala Sik.

“Mangsa digilis oleh lori tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dari paras pinggang hingga kaki,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Lelaki itu juga didapati negatif dadah,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI