fbpx

Suasana, aliran trafik di Alor Setar masih lengang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik di Plaza Tol Alor Setar Utara masih lengang

ALOR SETAR – Suasana di bandar Alor Setar termasuk laluan masuk dari Plaza Tol Lebuh Raya Utara-Selatan di sini didapati masih lengang dan tidak berlaku kesesakan luar biasa walaupun aktiviti rentas negeri dibenarkan sejak semalam.

Penduduk, Siti Norain Musa, 32, berkata, dia yang berulang alik dari Jitra dekat sini ke Alor Setar untuk bekerja mendapati aliran trafik dalam keadaan biasa.

“Setiap hari saya berulang alik ke sini dan saya lihat aliran trafik dan suasana di Jitra dan Alor Setar biasa sahaja.

“Saya jangka orang ramai mungkin akan pulang ke kampung pada hujung minggu ini,” katanya ketika ditemui di Alor Setar di sini hari ini.

Peniaga kuih tradisional di Kompleks Pekan Rabu, Saffiyah Mat Akhir, 39, berkata, walaupun pertambahan jumlah pengunjung tidak ketara, namun perniagannya kembali hidup sejak hujung minggu lalu.

“Sejak peralihan Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa Dua di negeri ini dan dibenarkan rentas daerah, perniagaan saya kembali bernyawa.

“Hujung minggu lalu ramai pengunjung luar daerah datang dan kami di sini jangka hujung minggu ini lebih ramai dari luar negeri ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI