fbpx

Pemeriksaan berkala pastikan penumpang lengkap vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALIMAH Mohamed Sadique (depan, tiga dari kanan) diiringi We Ka Siong (kiru) dan Liow Tiong Lai (kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Baru Karak di Bentong hari ini.

BENTONG – Pihak berkuasa di bawah Kementerian Penggangkutan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan semua penumpang yang menaiki pengangkutan awam untuk merentas negeri telah lengkap suntikan vaksin.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri We Ka Siong berkata, sehubungan itu semua pengendali pengangkutan awam diminta melakukan semakan ke atas semua penumpang bagi memastikan hanya penumpang yang lengkap suntikan vaksin dibenarkan menaiki kenderaan.

“Ia (pemeriksaan penerimaan suntikan vaksin) cuma satu langkah tambahan memastikan mereka ini (penumpang) betul betul telah menerima vaksin lengkap, tidak susah sangat dan tidak melibatkan kos tambahan pun cuma memberikan keyakinan kepada orang yang menggunakan kenderaan khususnya untuk rentas negeri.

“JPJ boleh membuat pemantauan bas itu macam mana boleh ada penumpang tidak lengkap dos, jadi tindakan boleh diambil terhadap syarikat yang cuai atau lalai yang tidak melakukan kerja-kerja ini,”katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan kebakaran Kampung Baru Karak di sini, hari ini.

Yang hadir sama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Baru Karak, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut Ka Siong pemeriksaan akan dilakukan secara berkala bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dilaksanakan termasuklah syarat lengkap suntikan vaksin.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan turut memberi tumpuan kepada kaedah meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai terhadap kepentingan mematuhi SOP yang ditetapkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI