fbpx

Selesa dapat kurangkan bunyi bising di fon telinga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANTI fon telinga ini dapat digunakan mengikut kesesuaian persekitaran pengguna.

FON telinga tanpa wayar kini menjadi satu peranti audio yang wajib dimiliki oleh generasi muda.

Maka tidak hairanlah, banyak syarikat pengeluar mengambil inisiatif mengeluarkan peranti itu bagi memenuhi permintaan pasaran.

Xiaomi antara syarikat yang tidak terlepas untuk berbuat demikian dan baru sahaja melancarkan fon telinga tanpa wayar terbarunya iaitu Redmi Buds 3 Pro.

Ditawarkan pada harga mampu milik, peranti itu disertakan dengan spesifikasi yang cukup memuaskan.

Peranti ini dilengkapi dengan fungsi penyaring hingar aktif (ANC) hibrid yang mampu mengurangkan bunyi bising di persekitaran sehingga 35 desibel.

Dengan teknologi sedemikian juga membolehkan ANC diubah mengikut kesesuaian persekitaran pengguna.

Ini membolehkan pengguna tidak berasa terganggu ketika mendengar lagu atau menghadiri mesyuarat online.

Dalam pada itu, Redmi Buds 3 Pro ini turut dilengkapi dengan dua mod transparency membolehkan pengguna mendengar bunyi persekitaran tanpa perlu mencabutnya dari telinga.

Peranti ini juga dilengkapi dengan permukaan peka sentuhan untuk kawalan yang mana ia boleh digunakan untuk menjawab panggilan, mengaktifkan mod transparency dan ANC atau mengawal muzik.

Selain itu, ketahanan bateri untuk peranti ini juga cukup memuaskan dan pengguna boleh menggunakannya sehingga enam jam dengan sekali pengecasan atau sehingga 28 jam bersama bekas pengecas.

Pada masa sama, dengan pengecasan selama 10 minit di dalam bekas, peranti ini boleh bertahan selama tiga jam.

Di samping itu, peranti ini turut menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar yang kini semakin menjadi satu keperluan, terutamanya bagi kegunaan anak muda.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN