DENGAN cuaca panas terik di Malaysia, kebanyakan isi rumah pasti memiliki pendingin hawa bagi memberikan keselesaan sepanjang hari.
Namun, salah satu masalah sering dihadapi pengguna adalah bil elektrik yang melambung tinggi disebabkan penggunaan alat pendingin hawa untuk jangka masa lama.
Bagi mengatasi masalah itu, syarikat elektrik terkemuka dari Korea Selatan, Samsung menghasilkan penghawa dingin WindFree Premium Plus yang dapat menjimatkan penggunaan elektrik sehingga 77 peratus ketika beroperasi dalam mod WindFree, berbanding mod Fast Cooling.
Pendingin hawa ini dilengkapi dengan teknologi Digital Inverter Boost yang cekap mengawal penggunaan tenaga tinggi, pada masa sama dapat mengekalkan suhu konsisten.
Dalam pada itu, produk ini bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan tenaga, tetapi juga menggunakan AI Auto Cooling 3, iaitu teknologi yang mengoptimumkan mod berbeza secara automatik.
Ia dilakukan dengan menganalisis keadaan ruang tamu dan corak penggunaan tenaga yang selama ini diamalkan pengguna.
Ini membolehkan ia bertukar antara mod dengan segera bagi mengekalkan suhu paling optimum tanpa menyentuh alat kawalan jauh.
Selain itu, pengguna boleh kekal segar dan selesa walaupun selepas berjam-jam.
Ini kerana, dengan teknologi WindFree Cooling, ia menyebarkan udara melalui 23,000 lubang udara mikro secara senyap dan tenang.