fbpx

Kanak-kanak selamatkan nyawa dua adik daripada terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak berusia sembilan tahun (kanan) diberikan alat bantuan pernafasan selepas sesak nafas akibat panik.

PUCHONG – Tindakan pantas seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun berjaya menyelamatkan nyawa dua adiknya daripada terbakar selepas rumah mereka di Jalan Abadi Height 1/20 Pulau Meranti, dekat sini dijilat api hari ini.

Kanak-kanak itu cuba menyelamatkan diri dan adik-adiknya dengan keluar melalui pintu sliding sebaik menyedari kebakaran berlaku di bahagian bilik stor rumah berkenaan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kejadian pukul 10.15 pagi.

“Seramai 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat yang merupakan bangunan kelas A terbakar 10 peratus di bahagian bilik stor. Petugas berjaya padam kebakaran itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiga orang kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun yang berada dalam rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu sliding ketika bomba tiba.

“Kesemua mereka selamat dan tidak cedera bagaimanapun kanak-kanak berusia sembilan tahun mengalami sesak nafas akibat panik dan dia diberikan bantuan alat pernafasan.

“Kita dimaklumkan juga ketika kejadian ibu dan bapa mereka keluar bekerja,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI