fbpx

Pelajar UniSZA kembali ke kampus mulai Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNISZA bersedia untuk menerima kembali pelajar ke kampus mulai Jumaat ini.

KUALA NERUS – Seramai 2,500 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dijangka kembali ke kampus secara berperingkat bermula Jumaat ini.

Pemangku Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr Fazli Adam berkata, kemasukan pelajar baru pula yang melibatkan 1,961 orang akan bermula 28 Oktober.

Beliau berkata, pengurusan universiti telah melakukan persiapan rapi bagi memenuhi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Kita telah bersedia di tiga buah kampus iaitu Gong Badak, Besut serta Kampus Perubatan Kuala Terengganu. Kemasukan pelajar akan diuruskan secara tiga fasa

“Pelajar sedia ada yang akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan mendaftar masuk disusuli pelajar baru dan pelajar tidak berkeperluan pada 13 November depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI