fbpx

121 pasangan muslim fail kes penceraian setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 121 kes perceraian membabitkan pasangan beragama Islam difailkan di mahkamah syariah di seluruh negara dalam tempoh sehari ketika ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, itu bermaksud setiap satu jam kira-kira lima permohonan perceraian difailkan oleh pasangan muslim.

“Sedang kita bercakap dalam dewan (Dewan Rakyat) ini, ada orang yang memohon cerai. Maksudnya begitulah konteks dan suasananya.

“Bagi perceraian membabitkan pasangan bukan Islam pula, purata kira-kira 18 kes direkodkan di seluruh negara dalam tempoh sehari,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) mengenai sokongan diberikan kepada individu yang bercerai serta jumlah perceraian ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI