fbpx

‘Scammer’ guna gambar profil perdaya kenalan di WhatsApp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharif menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kota Bharu pada Sabtu lalu.

KOTA BHARU – Seorang pesara kerajaan terpaksa membuat laporan polis selepas mendapati gambarnya digunakan oleh ‘scammer’ sebagai profil Whatsapp yang meminta pinjaman wang daripada rakan-rakannya di dalam aplikasi itu.

Perkara itu disedari oleh Sharif Mahmood, 65, selepas dia menerima lebih 100 panggilan daripada kenalan termasuk orang kenamaan yang mahu mengesahkan sama ada dia ingin meminjam wang atau sebaliknya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat rakan-rakan, ‘scammer’ itu menggunakan gambarnya pada profil WhatApp dan meminta rakan-rakan dalam kenalan aplikasi itu sejumlah wang.

“Pihak tidak bertanggungjawab itu menggunakam akaun bank Bank Simpanan Nasional atas nama Nanthakumaran dan Ambank milik Elam Julia.

“Dalam 100 kenalan yang dihubungi individu itu, seorang daripadanya sudah memindahkan wang sebanyak RM500 ke dalam salah satu akaun itu sebelum menghubungi saya untuk pengesahan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI