PAPAR – Angin kencang sejak awal pagi tadi mengakibatkan lima buah kedai di pekan Kimanis ranap.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, semua kedai menggunakan struktur kayu itu roboh, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu.
“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.51 pagi dan sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis diarahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kita mendapat memang terdapat bangunan kedai yang ranap sepenuhnya sebelum pasukan bomba bertugas terus membuat kerja-kerja pembersihan.
“Struktur kedai berkeluasan 557 meter persegi berkenaan roboh dipercayai berpunca daripada angin kencang yang berlaku sekitar waktu subuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE