fbpx

Masjid di Perlis dibuka dengan kelonggaran SOP pengimarahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KANGAR – Semua masjid di seluruh negeri ini dibuka dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pengimarahan secara berperingkat termasuk tidak lagi mengehadkan kehadiran hanya kepada anak kariah bermula esok.

Aktiviti pengimarahan iaitu solat fardu, solat Jumaat, solat jenazah, kuliah agama, ceramah, akad nikah dan aktiviti jamuan secara edaran adalah dibenarkan dengan syarat pematuhan SOP.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa penularan Covid-19.

Titah baginda, pemberian vaksin kepada rakyat negeri ini adalah pada tahap tinggi apabila seramai 199,152 orang menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan manakala seramai 169,368 orang lengkap vaksinasi sehingga 10 Oktober lalu.

“Kadar peratusan vaksin berdasarkan populasi dewasa adalah amat baik iaitu satu dos 97.7 peratus dan lengkap divaksinasi 93.3 peratus,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI