PETALING JAYA – Penduduk di Sarawak dinasihatkan untuk berhati-hati susulan amaran ribut petir berserta hujan lebat yang dijangka berlaku sehingga 9 malam nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, keadaan itu dijangka melanda beberapa kawasan seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sibu (Selangau).
Selain itu, turut diramal mengalami cuaca sama ialah Kapit dan Bintulu (Tatau serta Sebauh). – K! ONLINE