fbpx

Tinggal 450 liter petrol tepi Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tong berisi minyak petrol yang ditinggalkan di Pangkalan Haram Pok Ngoh, Tumpat hari ini. FOTO: IHSAN PGA

TUMPAT- Pasukan Gerakan Am ( PGA) Batalion 9 merampas sebanyak 450 liter minyak petrol yang ditinggalkan di tepi Sungai Golok dekat Pangkalan Haram Pok Ngoh di sini awal pagi tadi.

Kesemua petrol bernilai RM922.50 yang diisi di dalam tong itu ditemui ketika anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan rondaan di Kuala Jambu di sini.

Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa menjalankan rondaan pada pukul 3.15 pagi, anggota PGA melihat beberapa tong berisi minyak petrol ditinggalkan di tepi pengkalan haram tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, kesemua tong itu diisi dengan 450 liter minyak petrol dengan anggaran nilai RM922.50.

“Anggota PGA telah menunggu selama lebih kurang 30 minit, namun tiada orang yang datang mengambil barang tersebut.

“Siasatan mendapati, kesemua minyak petrol itu dipercayai akan diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Azhari, kesemua minyak petrol itu dirampas untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI