fbpx

Akid lepas geram tawan Tangkak, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKID ceria bersama trofi kemenangan selepas menjuarai CP150 pada Kejuaraan Cub Prix Pusingan 2 di Litar Tangkak, Johor kelmarin.

PELUMBA muda negara, Mohd. Akid Aziz yang dahagakan kejayaan telah menerima tonik terbaik apabila kembali me­raih kemenangan dalam kelas CP150 pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas Pusingan 2 di Tangkak, Johor semalam.

Kali terakhir pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor itu bergelar juara Cub Prix adalah pada Pusingan 9 di Jempol, Negeri Sembilan musim lalu.

Sebelum ini, pelumba kelahiran Kuala Lumpur itu sering berdepan masalah, malah semasa perlumbaan pembukaan di Sepang bulan lalu, Akid turut gagal menamatkan saingan.

“Semuanya berjalan dengan baik hari ini (kelmarin). Begitupun, perlumbaan agak mencabar kerana litar licin, namun saya mengambil pendekatan yang lebih selamat untuk menamatkan saingan

“Saya hanya fokus untuk mengekalkan rentak tungga­ngan dan tidak perlu terburu-buru kerana ada beberapa selekoh di litar ini sangat mencabar. Saya hanya perlu sesuaikan gaya tunggangan dengan keadaan litar licin bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan yang telah menyediakan jentera terbaik untuk mengharungi perlumbaan hari ini,” kata Akid.

Azroy yang mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan semalam, sekadar berpuas hati di tempat kedua dengan catatan 15 minit 46.651 saat (s), manakala tempat ketiga menjadi milik pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Mohd. Muzakkir Mohamed dengan masa 15’50.266s.

Juara saingan Pusingan 1, Mohd. Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) serba tidak menjadi pada perlumbaan itu apabila sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18, sekali gus gagal meraih sebarang mata.

Hasil kemenangan tersebut, Akid kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 25 mata. Kedudukan pendahulu berada dalam genggaman Azroy yang sudah mengumpul 36 mata. Helmi pula di tempat ketiga dengan 25 mata.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI