fbpx

Kenderaan masuk Kelantan meningkat 20 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (dua dari kiri) memeriksa sijil vaksinasi pemandu sebuah kereta di SJR Bukit Yong, Pasir Puteh hari ini. - FOTO: TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Jumlah kemasukan kenderaan ke Kelantan menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus pada hari pertama kebenaran rentas negeri diberikan kepada penerima lengkap vaksin Covid-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pertambahan kenderaan dari Johor Bahru dan Kuala Lumpur itu dikesan di empat sekatan jalan raya (SJR) yang masih beroperasi di bawah penugasan Ops Benteng Empat bermula awal pagi tadi.

Menurutnya, SJR terbabit yang terletak di laluan utama masuk ke negeri ini dengan dua di Gua Musang selain satu di Jeli dan Pasir Puteh.

“Kita telah menutup 16 SJR di daerah-daerah bermula pukul 12 tengah malam tadi, namun sekatan di laluan masuk negeri masih dikekalkan untuk operasi pencegahan jenayah termasuk pemeriksaan rawak pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kenderaan dijangka bertambah pada hujung minggu ini memandangkan perantau dari Kelantan teruja untuk pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya pada sidang akhbar selepas memantau perkembangan SJR Bukit Yong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, polis hanya mengesan satu kes individu tidak lengkap suntikan vaksin yang cuba merentas negeri di SJR Bukit Yong, namun telah diarahkan untuk berpatah balik.

Menurutnya, polis Kelantan akan terus memantau lokasi pusat peranginan, pusat rekreasi, restoran dan kawasan awam bagi mengelakkan sebarang pelanggaran SOP meskipun rentas negeri dibenarkan ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI