fbpx

Sepanyol dakwa gol jaringan Mbappe tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (tengah) meledak gol kemenangan Perancis tetapi Sepanyol mendakwa dia berada dalam kedudukan ofsaid. – AFP

MILAN – Ketua Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique mengakui kekalahan 1-2 mereka pada pentas perlawanan akhir Liga Negara-Negara Eropah kepada Peran­cis awal pagi semalam adalah suatu yang amat mengecewakan.

Kegagalan itu menyaksikan La Roja terus kempunan untuk merangkul sebarang kejuaraan selepas kali terakhir mereka maraihnya pada 2012.

Bagaimanapun, aksi berke­naan berakhir dengan penuh kontroversi apabila Sepanyol mendakwa gol kemenangan Perancis yang dija­ringkan oleh Kylian Mbappe tidak patut disahkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

“Kami berdepan sebuah pasukan yang berstatus juara dunia. Bagi saya cukup jelas, gol kedua itu tidak patut disahkan kerana ia berada dalam kedudukan ofsaid.

“Saya tidak mahu bercakap lebih banyak mengenai perkara yang saya tidak mampu kawal. Keputusan ini sangat menya­kitkan buat kami, saya melihat wajah pemain dan peminat yang sangat kecewa,” katanya.

Ketua pasukan Sepanyol, Sergio Busquet juga senada dengan Enrique mengenai gol kemenangan Perancis itu tetapi mengakui pasukannya perlu meningkatkan lagi tahap permainan untuk memastikan mereka mampu me­rangkul kejuaraan.

“Saya fikir Mbappe berada dalam kedudukan ofsaid ketika menjaringkan gol berkenaan. Namun, kami juga perlu membuat sedikit perubahan dan meningkatkan lagi persembahan untuk meraih kejayaan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI